Sunday 15 January 2012

kegembiraan sementara

Pernah kita berfikikir,kegembiraan yang kita kecapi ini hanya sementara sahaja.Dalam kegembiraan terselit juga kepahitan dan kesedihan yang tidak diduga oleh kita sendiri.Seperti yang dialami diriku sendiri,kisah ku dengan temanku sendiri.Tidak pernah terfikir dalam diriku,sahabat yang kusayangi telah membenci diriku.Memang itu lumrah hidup,orang yang kita rapat selalunya takkan kekal selamanya.Pelbagai halangan yang dihadapi,namun sifat ego seseorang membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan.Walaupun aku tidak berbaik denganya namun aku tidak membenci kepadanya sebaliknya aku berharap dia akan sedar apa yang telah berlaku.Pernah aku berkata yang aku tidak suka perangainya kerana aku sayangkannya.Apa yang aku lalui hari ini tidak mungkin orang lain akan faham.Kawan-kawan yang lain mungkin boleh beri nasihat yang sepatutnya.Namun apa yang berlaku semua ini bukanlah kehendak kita namun apa yang perlu pelajari ialah kesabaran seseorang dalam menangani masalah.:)

                                          sahabat

So saya tinggalkan lagu teman untuk semua kamu semua dengar & menghayati di sebalik maksud lagu dengan minda yang tenang


No comments:

Post a Comment